Health Informations

APA SEBENARNYA YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

Sebagai seorang yang begitu peka tentang kesihatan badan dan ingin menjaga jasad yang membawa roh kita sehingga kita (jasad dan roh) boleh bersama setiap masa, pastinya kita tidak mahu jasad kita tepalit barang sedikit pun dengan penyakit terutamanya penyakit kronik.  Ini bermakna jika kita mempunyai roh yang baik namun jasad kita rosak atau sakit, ia tidak memberi erti dan begitu la sebaliknya.  Namun ia sering diabaikan kerana kurangnya pemahaman dan pengetahuan akan peripentinganya pekara di dalam penjagaan kesihatan iaitu MAPS ( M: Makanan, P: Pemikiran yang melibatkan penjagaan perasaan dan emosi, dan akhirnya S: Senaman yang melibatkan kebersihan dan penjagaan tubuh badan luaran).  Semua ini berhubungkait dengan tahap kesihatan kita agar terus kekal cergas dan bertenaga.  Namun, faktor pemakanan membawa impak yang besar dan berhubung terus dengan pembangunan dan pertumbuhan organ-organ dalam badan.  setiap sel dalam badan memerlukan makanan ia ia dapat berkembang mengikut acuannya.  Setiap organ dan sel dalam badan memerlukan beberapa bahan "gentian" untuk berkembang dan keperluannya berbeza dari satu bahgian ke satu bahagian.

Tubuh badan juga tidak terlepas dari "anasir-anasir" yang dapat memberi ancaman sehingga kelemahannya untuk mempertahankan diri akan menjadikan sel-sel badan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.  Di antara agen-agen yang dapat merosakan sel-sel dalam badan sehingga tidak stabil ialah dengan kehadiran "Free Radicals" (Radikal Bebas).  Radikal bebas ini akan mengancam keseimbangan sel tubuh badan sehingga jika tidak dibendung ia akan merosakkan sel-sel sedia ada.  Kerosakkan sel-sel dalam badan akan menyebabkan organ-organ dalam badan akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit terutamanya penyakit kronik seperti kanser, ketumbuhan, sakit-sakit sendi dan sebagainya.  bagi mengelakkan pekara-pekara ini dari belaku adalah penting kita menjaga 3 pekara yang disebut di atas terutamanya pemakanan yang memberi kesan langsung terhadap perkembangan tubuh manusia.

Sebagaimana yang diketahui elemen pertama iaitu M (Makanan) memberi impak secara langsung terhadap kesihatan dan oleh sebab itu ramai yang begitu menitikberatkan tentang pengambilan nutrasi (nutrition)yang sihat  di dalam kehidupan seharian bagi memastikan agar tubuh badan hanya konsum (mengambil) makanan-makanan yang diperlukan oleh badan secara seimbang dan tidak berlebih-lebihan sahaja.  Alasan lain kenapa ramai (yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap peripentingnya kesihatan tubuh badan) orang mengambil vitamin dan makanan tambahan (supplement) adalah disebabkan oleh bagi menjadikan tubuh badan mendapat bekalan yang secukupnya "gentian-gentian" yang diperlukan oleh badan agar badan terus kukuh, sihat dan mempunyai dayatahan yang tinggi daripada diserang penyakit.  "MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT" adalah satu terma yang cukup baik untuk dipraktikkan.  Di sebabkan perilaku kebiasaan (habits) manusia yang tidak mahu memikirkan tentang sebab dan akibat yang bakal ditanggung hasil daripada budaya pengambilan makanan secara berlebihan dan tidak sihat menjadikan manusia terdedah dengan pelabagai penyakit yang cukup kronik.  Memang diakui bahawa penyakit bukan sahaja disebabkan oleh benda-benda yang kita makan, ia nya juga boleh jadi disebabkan oleh persekitaran (tetap juga kita hisap dan hidu), faktor emosi seperti tekanan dan sebagainya, namun masalah pemakanan juga yang menjadi penyumbang utama kepada penyakit.


Diperturunkan beberapa fakta-fakta yang diambil dari sumber-sumber kesihatan dan dikembangkan oleh penulis dalam bahasa yang mudah agar semua pembaca dapat menafaatnya.


Adakah kita perlukan supplemen?
periksa dahulu dan minta pandangan dari doktor atau pakar pemakanan tentang kandungan supplemen yang diperlukan oleh badan.  Dengan pengambilan dos yang dicadangkan pasti kita dapat memenuhi keperluan sebenar badan. Ini tidak! apa sahaja supplemen yang ada dipasaran semuanya ditelan disebabkan kebijaksanaan kemahiran penjual.  Tidak dinafikan bahawa makanan tambahan (supplements) itu perlu bagi mengimbangi kekurangan gentian yang diperlukan di dalam badan namun jika tidak difahami tentang fungsi-fungsi sesuatu gentian itu dikhuatiri lambakannya di dalam badan akan menyumbang kesan lain pula.

~you give your body what it needs ONLY, IT CAN EXPRESS HEALTH!~

Badan memerlukan:-

1) Antioxsidants

Antioxsidan (oxsidant) merupakan molikul pelindung yang dapat mengurangkan serangan radikal bebas yang merosakkan atau tidak menyimbangkan sel-sel badan dari rosak. Seperti yang diketahui bahawa radikal bebas ini sungguh "jahat" sehingga ia boleh merosakan sel-sel badan yang amat berguna untuk pertumbuhan sel-sel baru.  Dengan kehadiran antioxisidan yang sedikit di dalam badan akan menjadikan badan terdedah dengan serangan penyakit-penyakit kronik yang berbahaya.  Ini disebabkan fungsi radikal bebas yang ada di dalam badan itu sendiri yang bertindak sebagai pemusnah sel sedangkan antioxsidan bertindak sebagai pengimbang radikal bebas sehingga ia tidak menganggu atau merosakan sel tubuh.  Antioxsidan juga bertindak sebagai penguat immune system dimana ktidakhadirannya (antioxsidants) sering dikaitkan dengan penyakit  kronik seperti "premature aging (cepat tua sebelum waktunya), heart disease (berkaitan dengan jantung), neurological disease (berkaitan dengan saraf) dan cronic fatique syndrome (sering keletihan).

2) AMINO ACIDS:

Asid Amino atau "Amino Acids" merupakan penyempurnaan atau pelengkap di dalam "healthy body chemistry".  Ia berfungsi sebagai asas pembinaan blok-blok dan juga pembinaan tulang dan otot.  keseimbangan di dalam kehadirannya adalah kritikal  untuk memberi rangsangan agar urat saraf dapat berfungsi dengan baik, metabolism, detoxification dan juga digestion.  Apabila kehadiran asid amina terlalu tinggi dan rendah, ia boleh menyebabkan keletihan, risiko kepada jantung dan menjadikan fungsi berkaitan dengan emosi menjadi tidak stabil.  Namun begitu ia boleh diatasi dengan pengambilan suplemen yang sempurna dan teratur agar ia menjadi seimbang.


3) FATTY ACIDS (Asid Lemak)
 Anda adalah apa yang anda makan. Ianya benar bila bercakap tentang permakanan.  Lemak akan menjadikan sel-sel 100 trilion dalam tubuh berlapis-lapis.  Asid lemak amat perlu untuk membina selaput sel membran (membrance cells).  terlalu sedikit lemak dan terlalu banyak lemak juga akan memberi kesan kepada kesihatan badan.  Pengurangan lemak dalam badan boleh menyebabkan "depression (tekanan), hyperactivity, numbness (kebas)dan menjadikan tangan dan kaki menjadi kusut, tidak bermaya dan kelihatan nampak tua sebelum waktunya.  Sebab itu bagi ibu-ibu yang mengandung, doktor akan memastikan bahawa para ibu mendapat secukupnya asid lemak bagi memastikan bayi mendapat asid lemak yang diperlukan bagi pembinaan otak dan perkembangan sistem urat saraf.  

Dan banyak lagi gentian-gentian lain yang boleh dibaca dari sumber-sumber kesihatan yang lain sama ada di dalam internet, majalah kesihatan, buku-buku rujukan dan sebagainya.