Clinical Informations

RAMAI YANG AMBIL MUDAH KEPERLUAN BADAN SEHINGGA SUATU KETIKA BARU MEMAHAMI KEPENTINGANNYA SETELAH DITIMPA PENYAKIT.  KETIKA ITU, AGAK TERLAMBAT UNTUK PENGAMBILANNYA.  "COLLAGEN DAN ANTIOXSIDANT" merupakan dua "gentian" dalam badan yang amat diperlukan bagi menghalang serangan penyakit di masa hadapan.

NOTA
Untuk tujuan pemahaman mudah bagi mereka yang tidak begitu arif tentang ilmu sains, saya akan cuba menulis dengan menggunakan bahasa dan perumpamaan yang mudah difahami agar semua pembaca dapat menafaatnya.  Jika penjelasan saya ini "tersilap" maka saya juga dengan rendah diri menerima sebarang teguran dari pembaca dengan membantu saya memperbetulkan penjelasan saya.  Bantuan mereka yang arif dengan ilmu kesihatan seperti Pakar Pemakanan, Doktor Perubatan, Jururunding Kesihatan dan sebagainya juga diperlukan seandainya penjelasan saya ini tersalah tafsir akibat dari kebergantungan saya dari sumber  pembacaan juga bahan-bahan yang begitu banyak di internet. Namun begitu saya akan cuba pautkan para pembaca dengan artikal-artikal dari sumber-sumber yang boleh dipercayai isikandungannya serta penulisnya.

APA ITU KOLEGEN serta FUNGSINYA

(Collegan dalam kulit)
Kolagen (Collagen) adalah salah satu struktur protein dan ia terkandung lebih kurang 30% dari keseluruhan kandungan protein yang terdapat di tubuh badan manusia. Kolagen adalah struktur organik yang penting bagi pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen sendiri memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan dan jika dikaji bahawa nama "collagen" itu sendiri dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).  Banyak produk rawatan kesihatan dan supplemen makanan kesihatan dan juga rawatan wajah menggunakan struktur kolagen ini bagi mempromosikan produk-produk mereka.  Apa sebenarnya kelebihan kolagen ini dari segi kesihatan sehingga ia dianggap begitu penting dan popular.  Secara klinikalnya ia dikatakan boleh mendorong pembangunan sel-sel kulit sehingga dapat melambatkan penuaan.  Mari kita sama-sama menyusuri serta mencari jawapannya dari penyelidik yang dibuat dari sudut klinikal.


Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi. Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.  Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.  Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.
Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??
1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!
Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas). Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.  (Sumber dari blog Sitik's Blog)

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V. (Sumber: Klinik Keluarga Rohani)

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
___________________TAMAT : Dari sumber Klinik Keluarga Rohani _______

KEBAIKAN PENGAMBILAN KOLAGEN
Secara klinikal, pegambilan kolagen dikatakan mampu memgatasi permasalahan di bawah:-

Menjadikan kulit anjal & tegang.
Mengurangkan garis halus dan kedutan.
Warna kulit seimbang.
Kulit bersinar, cerah & Muda.
Memperbaiki sel badan.
Melawan radikal bebas.
Mengurangkan pigmentasi.
Memutihkan kulit.
Kulit lebih lembap.
Kulit lebih halus dan licin.
Mengurangkan masalah joint seperti inflamsi & sakit.
Tulang dan gigi menjadi aktif dan sihat.
Pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.

Dari sudut klinikal, tubuh badan memerlukan kolagen bagi membina tisu-tisu baru kulit, otot, tulang dan sebagainya.  Melalui proses penuaan kolegan akan mulai berkurangan dan kehilangannya mula dirasai apabila rasa-rasa sengal pada lutut, sendi, kulit yang kering serta berkedut dan tulang yang kian rapuh.  Apatah lagi jika usia kita hampir menjangkau 30 hingga 50 an.

(Struktur rangkaian collegan yang mengandungi 3 unsur)
Mengikut kajian saintifik usia yang terbaik untuk mengambil kolagen apabila memasuki fasa 20 tahun keatas. Bagaimanapun pemilihan kolagen mengikut kemampuan dan keberkesanan. Ini kerana badan kita memerlukan kolagen jenis 1 (kulit ), jenis 2 (sendi & tulang ) dan jenis 3 (keanjalan ). Tidak semua kolagen dipasaran mempunyai 3 jenis diatas.  Ramai yang mengambil kolagen dari jenis krem sapuan kulit bagi memastikan kulit kelihatan lembab namun molikul kolagen yang agak besar amat sukar menembusi kulit apatah lagi dengan cuaca persekitaran yang sentiasa berubah-ubah dan secara tidak langsung memberi tindakbalas yang tidak baik pada kulit dan kolegan itu sendiri.  Pemakanan atau rawatan dari dalaman melalui pemakanan akan memberi kesan yang menyeluruh disebabkan ia dibawa oleh agen pembawa yang "peramah" lagi efektif iaitu peredaran darah (setelah dinyahhadamkan dan sebahagiannya dibawa bersama darah keseluruh tubuh hingga ke sendi-sendi.  

AcaiBerry


(Buah AcaiBerry)
AcaiBerry atau Acai Palm merupakan buah-buah yang banyak terdapat di bumi Amazon Amerika Latin terutama di Peru dan Brazil.  Buah ini kaya dengan kandungan antioksidan yang secara klinikalnya boleh membantu mengnyahkeluar bahan-bahan radikal bebas dan bahan-bahan tidak perlu dalam badan yang boleh menganggu struktur sel-sel menyebabkan dayatahan badan semangkin kurang dan menyebabkan penyakit kronik seperti barah, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Pokok Acai Palm ini banyak tumbuh dengan suburnya di kawasan paya.  penemuan buah yang kaya dengan antioksidan ini pernah dilaporkan oleh TV3.



KENAPA KITA PERLU MENJAGA PEMAKANAN DAN KESIHATAN

Difahami, kebanyakan daripada kita tidak arif dan kurang ilmu pengetahuan tentang ilmu sains kesihatan apatah lagi ia melibatkan banyak terma-terma saintifik dan nama-nama saintifikyang terlibat dan sukar untuk difahami dan diingati.  Namun ia bukanlah satu alasan untuk kita untuk tidak mahu mempelajari atau untuk difahami.  Apatah lagi ia melibatkan tentang diri kita dan tubuh badan kita.  Ia ibarat sebuah injin kereta yang kita pandu saban hari, kegagalan untuk kita memahami tentang injin serta penjagaannya akan menyebabkan kita akan menghadapi masalah yang besar apabila ia rosak.  Begitu juga jika kita tidak menggunakan bahan-bahan penjagaan yang baik seperti minyak pelincir, minyak brek, minyak "gear" dan sebagainya.  Sudah pasti untuk jangka masa panjang kereta tersebut akan mengalami banyak kerosakan yang serius dan akhirnya susutnilai serta jangka hayat kereta tersebut akan menurun.  Begitu juga dengan "injin" badan kita, ia memerlukan penjagaan yang rapi dan perlukan "minyak serta bahan bakar" yang berkualiti.  Sudah pasti apa yang kita beri pada badan kita juga akan menghasilkan satu "ouput" yang baik sehinggakan badan kita sentiasa bertenaga, cergas, sihat dan kurangnya penyakit.

KOLAGEN dan ANTIOKSIDAN merupakan salah satu elemen "pencetus" yang hebat dan diperlukan oleh badan kita bagi mengelakkan sebarang penyakit apatah lagi daya tahan badan yang kian semangkin susut akibat faktor usia yang kian bertambah, persekitaran yang kurang sihat akibat pencemaran, kurangnya ilmu pengetahuan tentang pemakanan yang sihat serta dan juga tekanan perasaan/emosi yang boleh membantu merangsang penyakit.  Oleh sebab itu perlu disarankan juga bahawa "MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT" dan secara tidak langsung kita membantu badan sendiri dengan membekalkan supplemen makanan yang baik dan berunsur menambah kekuatan badan serta mencegah penyakit dari menyerang.  Sekurang-kurangnya kita berusaha mencari jalan menghadapi hari tua dengan keadaan sihat dan tidak "membebankan" sesiapa untuk menyelenggarakan kita suatu hari nanti.


APA ITU RADIKAL BEBAS serta fungsinya?
Setiap saat darah yang mengalir di dalam tubuh kita mengalirkan oksigen ke sel-sel tubuh. Oksigen akan membantu sel mengubah nutrasi (pemakanan) menjadi energi (tenaga). Dalam keadaan normal, molekul-molekul di dalam sel memiliki pasangan elektron yang lengkap sehingga ia menjadi stabil. Tindakbalas molikul dengan oksigen akan menyebabkan molekul teroksidan sehingga molikul kehilangan elektron atau pasangannya untuk berfungsi.  Molikul yang kehilangan pasangannya itulah yang dipanggil radikal bebas lalu ia mencari pasangannya dengan "mencuri" dari sel-sel tubuh yang sedia ada (untuk menjadi stabil semula) sehingga sel-sel tubuh itu sendiri kehilangan kebergantungan serta dayatahan lalu menjadi tidak stabil dan tidak berdaya tahan.  Akhirnya, sel-sel tubuh badan akan berubah bentuk menjadi rosak seperti mana besi yang karat.  Kesimpulannya, radikal bebas adalah produk semula jadi  hasil metabolisme sel. Radikal bebas juga terjadi apabila adanya unsur-unsur luaran seperti menghirup udara yang tidak bersih seperti asap kenderaan, asap rokok dan sebagainya.  Radikal bebas yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan penyakit kronik pada manusia seperti penyakit jantung, ketumbuhan, kanser, kulit, sendi dan sebagainya. 

APA ITU PULA ANTIOKSIDAN serta fungsinya?

Antioksidan pula berperanan untuk membantu tubuh menuteralkan radikal bebas dengan menyumbangkan elektron agar ia dapat berpasangan semula sehingga ia menjadi stabil.  Apa bila ia mendapat bekalan elektron dari antioksidan, ia tidak akan mengganggu gugat elektron-elektron pada sel tubuh.  Lebih banyak kita mengambil makanan yang mengandungi antioksidan bererti lebih banyak kita dapat mengstabilkan radikal bebas berbahaya.  Akhirnya, sel-sel sihat pada tubuh tidak terganggu dan rosak sehingga mudah untuk diserang penyakit. Makanan yang banyak mengandungi antioksidan selain dari pada AcaiBerry (yang sudah pastinya kaya dengan antioksidan), ialah teh hijau, ginkgo biloba, genseng, strawberry, kiwi, buah apple, bawang putih, bawang merah, tomato, bayam brokoli dan sebagainya.

PENGAMBILAN ANTIOKSIDAN

Secara klinikal, pengambilan antioksidan pula dapat memperkuatkan antibody (ketahanan badan) daripada diserang penyakit kronik seperti ketumbuhan, kanser, jantung, buah pinggang dan sebagainya.  Ia juga dapat melancarkan peredaran darah dengan baik dan secara tidak langsung mempengaruhi kecergasan semua sistem tubuh badan.  Diperakui oleh setengah-setengah pengguna yang mengambil makanan tambahan yang kaya dengan antioksidan ini, tahap kekuatan keupayaan nafsu sex juga kian bertambah.  Secara lojiknya ia boleh diperakui disebabkan oleh tahap peredaran darah yang baik keseluruh badan dan juga darah dianggap sebagai agen pembawa yang paling efektif bawa menyalurkan antioksidan, kolagen atau apa sahaja bahan hadam terasing yang diserap ke dalam darah dan seterusnya akan dihantar keseluruh tubuh sehingga ketempat-tempat yang paling sulit.