Tuesday 4 December 2012

MaxX-Net Drink

Awang Sulung MAXX-NET Drink adalah gabungan herba MACA, Tribulus dan gabungan HERBA TERPILIH khas untuk  lelaki.


Digunakan secara tradisi sebagai minuman penjagaan kesihatan dalaman lelaki dan wanita.  Ia sungguh berkesan untuk lelaki agar kekal bertenaga sepanjang hayat dan dapat menjaga keharmonian rumah tangga sepanjang masa.

 

KANDUNGAN

Arabica Coffee, sugar, Krimer, Maca, Tongkat Ali And Tribulus Trerretris

CARA MINUM


Bancuh 1 sachet Awang Sulung MAXX-NET Drink dengan 1 cawan air panas. Minum selepas ianya suam.

PERINGATAN 

Minum 2@3 kali seminggu @ bila perlu sahaja, namun ia tidak menjejaskan jika diminum hari-harian.

 

KHASIAT MACA

- MENGUATKAN TENAGA SEKSUAL LELAKI DAN WANITA
- MERANGSANG "KEINGINAN"
- MEMANJANG TEMPOH EREKSI (tahan lama)
- MERAWAT FARAJ YANG KERING
- MERAWAT KESUBURAN LELAKI DAN WANITA

- Doktor di Amerika Selatan telah menggunakan maca untuk mengubati pelbagai macam masalah dan penyakit seperti mati pucuk lelaki, sindrom prahaid, haid tidak menentu, sindrom menopaus (rasa panas, kekeringan faraj, berpeluh malam,kemurungan), osteoporosis(reput tulang), kemandulan, anemia, batuk kering TB, kanser perut dan masalah ingatan . Ini juga telah digunakan sebagai tonik pada kanak-kanak dan untuk membantu remaja yang mengalami masalah jerawat. Ia menjadi popular dikalangan ahli bina badan untuk menambah tenaga dan membesarkan otot, dan juga meningkatkan ketajaman mental ,meningkatkan pembinaan ketahanan mental dan ketahanan fizikal. Ringkasnya, itu membuat anda merasa sihat.
Apa itu MACA?
MACA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,00 kaki dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon.
Maca adalah satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid lemak penting.
Tumbuhan Maca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Maca. Di Eropah dan Amerika Utara, Maca lebih dikenali dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses, dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya.
Adakah MACA Sejenis Ubat?
Maca bukan sejenis ubat. Maca merupakan makanan bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun. Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Maca sebagai sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.

RAHSIA HERBA TRIBULUS TERRESTRIS

Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat di seluruh dunia untuk merawat pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Di Eropah, herba Tribulus Terrestris telah digunakan dalam perubatan. Dalam sejarah Greek, ianya digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. Di China dan India pula, Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kardiovaskular.

Tribulus Terrestris tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Tribulus Terrestris didapati sebagai lalang beracun yang banyak dijumpai di tepi-tepi jalan dan tanah lapang yang mana benihnya tajam dan berasa sakit apabila dipijak. Daun Tribulus Terrestris beracun kepada binatang ternakan terutamanya kambing biri-biri apabila dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Buah Tribulus Terrestris adalah bahagian yang paling kerap digunakan dalam perubatan tradisional. Kandungan bahan yang berbeza dalam Tribulus Terrestris bergantung kepada di mana tempat di dunia ianya tumbuh.

Tribulus Terrestris digunakan untuk menguatkan kesihatan fungsi libido (keinginan nafsu syahwat) dalam kadar normal, menguatkan otot dan untuk kesihatan secara menyeluruh. Disebabkan kelebihannya, para atlet telah menggunakan ekstrak Tribulus Terrestris sebagai diet tambahan untuk meningkatkan tenaga, membekalkan kesihatan fungsi hormon, meningkatkan pergerakan otot dan memberikan tenaga kepada atlet semasa sesi latihan. Kajian klinikal Tribulus Terrestris juga menunjukkan herba ini mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.

Nilai khasiat Tribulus Terrestris yang tinggi telah membawa banyak kebaikan dalam bidang perubatan tradisional dan moden. Antara kegunaan dan kebaikan Tribulus Terrestris adalah:
  • Sebagai diuretik yang tidak miang dan urinari antiseptik. Digunakan untuk disurea, sakit batu karang dan kencing tidak lawas.
  • Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk.
  • Kesan hormon pengimbang dalam Tribulus Terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal.
  • Mengandungi sterols seperti betasitosterol atau stigma. Bahan ini melindungi prostat daripada membengkak dan dalam kombinasi dengan X steroidal saponins, melindungi prostat daripada kanser.
  • Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone(LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi.
  • Kegunaan tradisional Tribulus Trerrestris telah ditemui efektif dalam gout.

No comments:

Post a Comment