Tuesday 4 December 2012

MaxX-Net Drink

Awang Sulung MAXX-NET Drink adalah gabungan herba MACA, Tribulus dan gabungan HERBA TERPILIH khas untuk  lelaki.


Digunakan secara tradisi sebagai minuman penjagaan kesihatan dalaman lelaki dan wanita.  Ia sungguh berkesan untuk lelaki agar kekal bertenaga sepanjang hayat dan dapat menjaga keharmonian rumah tangga sepanjang masa.

 

KANDUNGAN

Arabica Coffee, sugar, Krimer, Maca, Tongkat Ali And Tribulus Trerretris

CARA MINUM


Bancuh 1 sachet Awang Sulung MAXX-NET Drink dengan 1 cawan air panas. Minum selepas ianya suam.

PERINGATAN 

Minum 2@3 kali seminggu @ bila perlu sahaja, namun ia tidak menjejaskan jika diminum hari-harian.

 

KHASIAT MACA

- MENGUATKAN TENAGA SEKSUAL LELAKI DAN WANITA
- MERANGSANG "KEINGINAN"
- MEMANJANG TEMPOH EREKSI (tahan lama)
- MERAWAT FARAJ YANG KERING
- MERAWAT KESUBURAN LELAKI DAN WANITA

- Doktor di Amerika Selatan telah menggunakan maca untuk mengubati pelbagai macam masalah dan penyakit seperti mati pucuk lelaki, sindrom prahaid, haid tidak menentu, sindrom menopaus (rasa panas, kekeringan faraj, berpeluh malam,kemurungan), osteoporosis(reput tulang), kemandulan, anemia, batuk kering TB, kanser perut dan masalah ingatan . Ini juga telah digunakan sebagai tonik pada kanak-kanak dan untuk membantu remaja yang mengalami masalah jerawat. Ia menjadi popular dikalangan ahli bina badan untuk menambah tenaga dan membesarkan otot, dan juga meningkatkan ketajaman mental ,meningkatkan pembinaan ketahanan mental dan ketahanan fizikal. Ringkasnya, itu membuat anda merasa sihat.
Apa itu MACA?
MACA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,00 kaki dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon.
Maca adalah satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid lemak penting.
Tumbuhan Maca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Maca. Di Eropah dan Amerika Utara, Maca lebih dikenali dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses, dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya.
Adakah MACA Sejenis Ubat?
Maca bukan sejenis ubat. Maca merupakan makanan bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun. Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Maca sebagai sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.

RAHSIA HERBA TRIBULUS TERRESTRIS

Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat di seluruh dunia untuk merawat pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Di Eropah, herba Tribulus Terrestris telah digunakan dalam perubatan. Dalam sejarah Greek, ianya digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. Di China dan India pula, Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kardiovaskular.

Tribulus Terrestris tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Tribulus Terrestris didapati sebagai lalang beracun yang banyak dijumpai di tepi-tepi jalan dan tanah lapang yang mana benihnya tajam dan berasa sakit apabila dipijak. Daun Tribulus Terrestris beracun kepada binatang ternakan terutamanya kambing biri-biri apabila dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Buah Tribulus Terrestris adalah bahagian yang paling kerap digunakan dalam perubatan tradisional. Kandungan bahan yang berbeza dalam Tribulus Terrestris bergantung kepada di mana tempat di dunia ianya tumbuh.

Tribulus Terrestris digunakan untuk menguatkan kesihatan fungsi libido (keinginan nafsu syahwat) dalam kadar normal, menguatkan otot dan untuk kesihatan secara menyeluruh. Disebabkan kelebihannya, para atlet telah menggunakan ekstrak Tribulus Terrestris sebagai diet tambahan untuk meningkatkan tenaga, membekalkan kesihatan fungsi hormon, meningkatkan pergerakan otot dan memberikan tenaga kepada atlet semasa sesi latihan. Kajian klinikal Tribulus Terrestris juga menunjukkan herba ini mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.

Nilai khasiat Tribulus Terrestris yang tinggi telah membawa banyak kebaikan dalam bidang perubatan tradisional dan moden. Antara kegunaan dan kebaikan Tribulus Terrestris adalah:
  • Sebagai diuretik yang tidak miang dan urinari antiseptik. Digunakan untuk disurea, sakit batu karang dan kencing tidak lawas.
  • Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk.
  • Kesan hormon pengimbang dalam Tribulus Terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal.
  • Mengandungi sterols seperti betasitosterol atau stigma. Bahan ini melindungi prostat daripada membengkak dan dalam kombinasi dengan X steroidal saponins, melindungi prostat daripada kanser.
  • Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone(LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi.
  • Kegunaan tradisional Tribulus Trerrestris telah ditemui efektif dalam gout.

Monday 29 October 2012

JUS BUAH DELIMA @ POMEGRANATE

Super Antioxidant
Nama Saintifik: Pomegranate (Jus Buah Delima)
Buah Delima merupakan di antara buah-buahan yang kaya dengan antioxidants. Sebagaimana yang diketahui bahawa antioxidan boleh mengstabilkan sel-sel badan yang kehilangan elektron akibat radikal bebas (pencemaran asap rokok, asap kenderaan, pencemaran udara dan sebagainya) yang mana kesannya jika tidak dikawal dengan baik ia boleh mengundang atau menyebabkan penyakit kronik seperti ketumbuhan, kanser, jantung, buah pinggang dan sebagainya.  Radikal bebas (
Free radicals) merupakan bahan kimia yang boleh merosakkan sel-sel tubuh.  Oleh itu kehadiran antioksidan amat diperlukan bagai mengawal kerosakan yang lebih kritikal.  Buah Delima mengikut kajian mengandungi banyak bahan-bahan yang bermenafaat untuk badan seperti polyphenols yang mengandungi antioksidan, anti-viral dan anti-tumor. Jus Delima juga boleh mengekalkan kandungan kolestrol "baik"(High-density lipoprotein atau HDL) dan mengurangkan kolestrol "jahat" iaitu LDL (Low-density lipoprotein), juga dapat mengawal paras triglyceride.  Kajian terbaru kandungan buah Delima ialah ia memainkan peranan penting di dalam mengawal penyakit "osteoarthritis" (berkaitan dengan sendi-sendi) dan juga "prostate" (berkaitan dengan penyakit lelaki di bahagian pembiakan sperma).  Ianya juga baik untuk pelancaran darah dan yang secara tidak langsung memberi impak yang baik kepada keseluruhan sistem "jentera" badan.

HUBUNGI KAMI untuk mendapatkan bekalan.
 




 





Friday 19 October 2012

C.E.O RIZQCollagen dicari...

Kami sedang mencari bakal-bakal C.E.O (Business leaders) yang berminat untuk menjadi ahli dalam kelab C.E.O bagi mengedarkan produk muslim berjenama RIZQCollagen + AcaiBerry.  Supplement (Makanan kesihatan @ Makanan Tambahan) yang diperlukan oleh badan bagi antipenuaan (mengekalkan kulit yang matang, sihat) serta campuran buah (AcaiBerry) yang hanya terdapat di hutan Amazon Brazil yang kaya dengan antioksidan (mengawal sel-sel dari diserang oleh radikal bebas).  "Business Model" kami bukan MLM (Multi Level Marketing) namun ganjaran dari perniagaan ini amat lumayan bagi mereka yang sanggup berdayasaing dan mempunyai wawasan.  Hubungi kami...

(RIZQCollagen + AchaiBerry)

(Marine Collagen + AchaiBerry)

HANYA MEREKA YANG MAMPU DAN BERDAYASAING SAHAJA LAYAK DIPANGGIL C.E.O

Thursday 27 September 2012

AcaiBerry: Buah-buah yang kaya dengan Antioksidan.

HAYAT ACAIBERRY  
SATU MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT) YANG KAYA DENGAN GENTIAN ANTIOKSIDAN YANG AMAT DIPERLUKAN OLEH BADAN.



Apa itu Antioksidan? Sila lihat di bahagian "Clinical Information" untuk mendapatkan perinciannya.



APAKAH FAEDAH-FAEDAH YANG TERDAPAT PADA ACAIBERRY?
  • Kaya dengan antioksidan yang boleh mencegah penyakit kronik seperti kanser, ketumbuhan, sakit jantung, buah pingang dsb.
  • Memperbaiki peredaran darah 
  • Membuat pengguna sentiasa bertenaga
  • Membantu mengekalkan tenaga 
  • Mengekalkan tahap tekanan darah
  • Mengimbangkan level kolestrol ke tahap sihat
  • Meningkatkan fungsi seksual
  • Mengekalkan berat badang
  • Mengurangkan sering diserang pening
  • Mengekalkan tahap tidur yang lena dan selesa
  • Memperbaiki tahap penglihatan
  • Mengawal tekanan (Stress)
  • Membantu penyelarasan fungsi buah pinggang
  • Membantu fungsi hati
  • Membantu penghadaman makanan
  • Dan sebagainya 
Untuk mendapatkannya, sila hubungi kami dengan melayari "Contact" di dalam blog ini.



Wednesday 26 September 2012

Be Part Of RizQCollagen Family

Kami tidak menjanjikan pendapatan 5 angka, tapi kami menjanjikan pendapatan yang anda jangka. Kami tidak menjanjikan kekayaan tetapi kami hanya menjanjikan RUANG DAN PELUANG untuk kejayaan. Kami tidak memberi "jalan" tapi kami hanya ingin menunjukkan jalan. Kejayaan bukan hanya ditunjukkan dengan angka, tetapi kejayaan ditunjukan dengan usaha. Berpeluk tubuh dan hanya melihat bukan caranya, berusaha untuk mengetahui dan melakukannya akan ditemukan alirannya (kejayaan) di sana... sertai keluarga kami dan akami akan memberi panduan dan motivasi untuk berjaya.  Hubungi kami...

Monday 24 September 2012

RizQCollagen + Makanan Tambahan Yang Kaya Dengan Collagen Dan Antioksidan

Kini RizQCollagen benar-benar sudah siap untuk dipasarkan.  Jadilah ahli keluarga RizQGroupSelangor dan bersama-sama kami untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan ini.  Kami akan membantu anda untuk sama-sama berjaya sebagai seorang usahawan.  Hubungi kami dan kami percaya anda juga berhak untuk BERJAYA.  Apa yang anda putuskan hari ini akan menentukan siapa anda di masa hadapan.

Bagi yang bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan, "PERJALANAN SERIBU LANGKAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA",  di sini langkah pertama untuk anda dan kami akan membantu sebagai sebagai sebuah keluarga.

Bagi yang ingin menjadi pengguna, RizqCollagen diadun sedemikian rupa bagi menepati kehendak badan agar keperluan utama tubuh dapat dipenuhi.  Baca di bahagian "Clinical Information" akan peranan collagen @ kolagen dan antioksidan serta kenapa tubuh memerlukan gentian kolagen dan antioksidan ini.

Collagen akan menjadikan:-
* Menjadikan kulit kelihatan sihat
* Menyuburkan, merangsang serta mengembangkan sel-sel baru kulit - kedutan akan berkurangan
* Menguatkan sel-sel otot - kesan sakit-sakit sendi berkurangan

Antioksidan akan menjadikan:-
* Radikal bebas yang berpotensi untuk merosakkan sel-sel di dalam tubuh dapat di nuteralkan dan diseimbangkan dengan kehadiran AchaiBerry yang kaya dengan antioksidan.
* Sel-sel sihat dapat dilindung dengan bekalan antioksidan yang banyak
* Pertahan awalan bagi menghindarkan penyakit kronik seperti kanser, ketumbuhan dan sebagainya.

Kolagen (Collagen)

Perkembangan serta pembentukan perubahan di dalam penggunaan Collagen hasil dari maklumbalas dari pengguna menunjukkan kesan seperti berikut :

1-2 minggu:
*kulit kering dan kusam menjadi lembut dan sekata
*kurang berasa letih
*jeragat dan bintik hitam berkurangan

2-3 minggu
*kulit menjadi lebih gebu dan anjal
*rekahan pada tumit menjadi berkurangan
*kurang berasa letih dan mengantuk
*lenguh-lenguh sendi berkurangan
*garisan kedut halus mula menghilang

3-4 minggu
*kulit menjadi tegang, cerah dan berseri
*rekahan pada tumit menjadi minima/hilang
*badan berasa lebih cergas dan bertenaga
*lenguh-lenguh sendi semakin jarang dirasai

*rambut menjadi halus, lembut dan bersinar.

Wednesday 5 September 2012

KIAN HAMPIR DI PASARAN.. Countdown

RizqCollagen, Produk berasaskan Collagen dan AcaiBerry dan berries  yang kaya dengan "antioxidants" akan muncul di pasaran tak lama lagi. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan "kelahiran produk" baru ini.  Anda boleh jadi pengedar atau pembeli.  Anda akan mendapat menafaat yang baik dari kedua-duanya.  Produk yang disahkan 100% produk pemakanan kesihatan dan tidak ada sumber-sumber bahan yang meragukan.  Hubungi kami dengan melayari laman contact, anda dan kami adalah keluarga dan sama-sama membantu bagi mengamalkan rangkaian cara hidup sihat dan mengimarahkan kejayaan ummah. 

~ ANDA DAN SAYA ADALAH RAKAN STRATEGIK~

Tuesday 4 September 2012

ADWA

Nama Produk: 
ADWA

Khasiat:
Satu lagi produk makanan tambahan untuk kesihatan yang kaya dengan gentian sumber MINERAL, PROTEIN, VITAMIN DAN PREBIOTIK yang diperlukan oleh tubuh badan.  

Isikandungan bahan:
Ekstrak Kolagen Marin, Ekstrak Rumpai Laut, Ekstrak Biji Aprikot, Manna, Garam Bukit, Madu dan Vitamin C



Dibuat dalam bentuk : 
Gel berperisa strawberi, tidak perlu dibancuh dan boleh terus diminum, dibungkus dalam bentuk "Sachet" .

Kandungan satu kotak:
Satu kotak mengandungi 15 peket kecil berbentuk "sachet" yang boleh dimakan selama seminggu (1 hari 2 sachet)

Harga:
RM49/kotak di semenanjung
RM55/kotak di Sabah dan Serawak

Bagi mereka yang berminat, sila hubungi talian yang terdapat di bahagian contact

Sunday 26 August 2012

RizQCollagen



RizqCollagen merupakan produk makanan tambahan (supplement) yang berasaskan kolagen yang dicipta bersama formula kandungan Acai Berry (buah yang kaya dengan antioxsidan), tanpa bau, tanpa pewarna (warna yang ada adalah warna asli buah AcaiBerry), tanpa gula (perasa yang sedia ada adalah perasa buah AcaiBerry) dan yang pastinya 100% TULEN. Pengambilan kerap makanan tambahan kolagen dan AcaiBerry mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan hasil dari penambahan umur atau penuaan, serta meransang penjanaan kolagen baru serta memperbaiki struktur sel kulit, sendi, tulang dan sebagainya. Dengan adanya ramuan AcaiBerry asli menjadikan makanan tambahan (supplement) RizqCollagen kaya dengan antioksidan yang juga bertindak mengawal sel-sel dalam badan rosak disebabkan oleh radikal bebas.  Ini menjadikan badan mempunyai antibody yang kuat dari serangan penyakit. Gabungan Kolagen dan AcaiBerry memberi kekuatan formulasi bersama bagi menghindarkan penyakit dan mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah kelihatan muda (Untuk mengetahui apa itu kolegan dan anti oksidan serti fungsinya, sila baca di "Clinical Information" di dalam blog ini), bertenaga dan kekal mempunyai benteng dari penyakit berbahaya.

Banyak produk-produk berasaskan kolagen yang menggunakan sumber kolagen dari bahan-bahan binatang yang disangsikan status HALALnya kerana proses penyediaannya yang tidak mengikut syarak.  Kebanyakan kolagen diperolehi dari:-

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Namun produk RizqCollagen mendapatkan hasil kolagennya berasaskan ikan talapia yang sudah pasti proses penyediaannya tidak memerlukan penyembelihan seperti lembu dan babi. Namun pengasas produk RizqCollagen (dua orang) yang mempunyai Ijazah dalam bidang Syariah Islam dari universiti Mu'tah, Jordan telah mengenalpasti serta membuat pemeriksaan rapi di dalam proses pembuatan serta bahan yang digunakan bagi memastikan tahap kebersihan serta kandungan yang dibenarkan oleh syarak.  Oleh itu usaha untuk mendapatkan pengitirafan sijil HALAL bagi menguatkan dari JAKIM sedang giat dijalankan bagi memastikan produknya bertaraf HALAL toyiba dan digunakan tanpa was-was oleh pengguna Islam.
 
Kolagen (Collagen)
Perkembangan serta pembentukan perubahan di dalam penggunaan Collagen hasil dari maklumbalas dari pengguna menunjukkan kesan seperti berikut :

1-2 minggu:
*kulit kering dan kusam menjadi lembut dan sekata
*kurang berasa letih
*jeragat dan bintik hitam berkurangan

2-3 minggu
*kulit menjadi lebih gebu dan anjal
*rekahan pada tumit menjadi berkurangan
*kurang berasa letih dan mengantuk
*lenguh-lenguh sendi berkurangan
*garisan kedut halus mula menghilang

3-4 minggu
*kulit menjadi tegang, cerah dan berseri
*rekahan pada tumit menjadi minima/hilang
*badan berasa lebih cergas dan bertenaga
*lenguh-lenguh sendi semakin jarang dirasai

*rambut menjadi halus, lembut dan bersinar.